Posts

Showing posts from December, 2009

Istilah "URBAN" Yang Patut Anda Tahu..

Salam semua, anda semua biasa dengan istilah urban kan? Cuma sebahagian sahaja istilah urban yang biasa kita gunakan contohnya seperti LOL(laughing out loud) dan ASAP(as soon as possible), sedangkan banyak lagi istilah-istilah lain yang boleh kita gunakan yang mungkin anda tidak tahu. Hari ini, saya nak kongsikan dengan anda semua istilah-istilah tersebut. Nanti bolehlah digunakan dalam perbualan SMS or YM dan yang sewaktu dengannya ya? Senarai yang akan saya berikan sangat panjang, maka bacalah perlahan-lahan nanti juling pula mata tu. LMAO - Laughing My As* Off LOL - Laughing Out Loud AFAIK =» As Far As I Know AFK =» Away From Keyboard ASAP =» As Soon As Possible BAS =» Big *** Smile BBL =» Be Back Later BBN =» Bye Bye Now BBS =» Be Back Soon BEG =» Big Evil Grin BF =» Boyfriend BIBO =» Beer In, Beer Out BRB =» Be Right Back BTW =» By The Way BWL =» Bursting With Laughter C&G =» Chuckle and Grin CICO =» Coffee In, Coffee Out CID =» Crying In Disgrace CNP =» Continued (in my) Next

Mengapa kita dibenci????

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya... ...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas? Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya... ...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan? Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya... ...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!" Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan... ...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti? Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat... ...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna? Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya t

Diskriminasi Di Eropah..

BRUSSEL -Diskriminasi terhadap Muslim di Eropa ternyata lebih luas daripada yang diberitakan. Terbukti, satu dari tiga Muslim di Eropah mengalami diskriminasi. Demikian diungkapkan badan HAM Uni Eropa (UE), Agency for Fundamental Rights (FRA) seperti dipetik dari Al Jazeera, Kamis (28/5). Dalam survey yang dilakukan di 14 negara anggota UE, FRA menyatakan bahawa sepertiga responden ternyata merupakan mangsa diskriminasi yang terjadi pada beberapa tahun lalu. Selain itu, sebanyak 11 peratus responden juga pernah menjadi mangsa tindak kejahatan yang bermotif perkauman. "Kami juga sedar bahawa sebahagian besar kejadian itu tak dilaporkan kepada polis. Sebab, majoriti Muslim itu yakin tak akan ada yang dilakukan polis atas laporan mereka itu,'' demikian keterangan FRA. Menurut FRA, tingkat tertinggi diskriminasi terjadi di tempat kerja, bahkan sudah masuk kategori kritikal. Kjaerum menambahkan, berdasarkan survei FRA seorang Muslim yang berusia 16 hingga 24 tahun lebih banyak

Masanya sudah tiba untuk kita kembali bersatu!!!

Ya Allah kau tunjukkanlah balasan terhadap orang yang memecah belahkan umat Islam di Negara ini..amin Semakin lama semakin biadap, kenapa menjadi begini, bederau darah saya apabila membaca tulisan manusia yang tidak mengenang budi dan hitam hatinya. Saudara dan saudari bacalah komen dibawah yang saya petik dari sebuah artikel apabila melayu digelar bxbxputra. Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia terutama orang melayu janganlah kita terikut-ikut dengan gaya manusia yang akan menghancurkan kita sendiri, Kita harus bersatu jangan biarkan ada yang berani lagi mengungkap perkara keji seperti ini. Sedarlah kita sedang dipermainkan, dilagakan dan diperguna dari segala hal.Sebelum anda membaca komen yang merobek hati ini cuba anda renungkan kenapa sejak kebelakangan ini perkara begini sering terjadi, kenapa mulut-mulut ini semakin berani mencabar, kenapa perbuatan melampau menjadi kebiasaan kepada mereka...renungkanlah.. dipetik dari apabila melayu digelar bxbxputra Sunday, September 27, 2009

KHALIFAH YANG MISTERI

Pada suatu malam hartawan Abdurrahman bin Auf dipanggil oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk diajak pergi ke pinggir kota Madinah. ‘’ Malam ini akan ada serombongan kafilah yang hendak bemalam di pinggir kota, dalam perjalanan pulang,’’ kata Khalifah Umar kepada Abdurrahman bin Auf. ‘’ Lalu maksud anda bagaimana?’’ Tanya Abdurrahman. ‘’ Oleh kerana kafilah itu membawa barang dagangan yang banyak, maka kita ikut bertanggungjawab atas keselamatan barang dari gangguan tangan-tangan usil. Jadi nanti malam kita bersama-sama harus mengawal mereka,’’ sahut Khalifah. Ajakan itu disambut gembira Abdurrahman. Bahkan dia sudah mempersiapkan jiwa-raganya untuk berjaga semalam suntuk ! Tetapi apa yang terjadi di sana? Ternyata lain dengan yang diduganya semula. Ketika malam telah mulai sepi, Khalifah Umar bin Khattab berkata padanya. ‘’ Abdurrahman… kau boleh tidur ! Biarlah saya saja yang berjaga-jaga. Nanti kalau ada apa-apa kau saya bangunkan? ‘’ Apakah Abdurrahman lantas berangkat tidur, tidak

Mengapa Roh Tak Bersih

Makanan roh yang baik ialah sembahyang, puasa, zikir, selawat, baca Al Quran, berkorban, berjihad, berdakwah, belajar, berkhidmat kepada masyarakat dan lain-lain kebaikan lagi. Walaupun makanan roh yang baik seperti di atas itu sudah dilakukan, ia tetap tidak mendatangkan ketenangan kerana ia mungkin dilakukan dengan cara yang tidak sempurna dan tidak tepat dengan ilmunya. Atau dilakukan dengan cara yang tidak ikhlas atau tidak dihayati dengan jiwanya. Tentulah ibadah-ibadah tersebut tidak akan memberi kesan kepada jiwa dan fikiran. Jadi, kalau sudah tidak memberi kesan kepada jiwa dan fikiran, tentulah ia juga tidak akan memberi kesan kepada tindakan anggota lahir. Yakni anggota lahir tetap juga jahat. Contoh-contohnya: 1. Sembahyang tetapi tidak menghayatinya, lalai dan berkhayal sewaktu menunaikannya. Sembahyang begini tidak akan memberi kesan apa-apa pada hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran, tentulah ia juga tidak akan berkesan pada anggota lahir. 2. Rajin b

Kemana Roh Kita Selepas Mati

Abu Latis dengan sanadnya meriwayatkan dari al-Bara' bin Aazib r.a dan Abu Hurairah r.a berkata: Kami bersama Nabi s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat ansar,maka ketika sampai di kubur dan belum di masukan kedalam lahad,Nabi s.a.w duduk dan kami duduk di sekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung di atas kepala kami,sedangkan Nabi s.a.w mengkorek-korek dengan dahan yang ada di tangan,kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda : "Berlindunglah kamu dari Allah dari seksaan kubur", diulangnya 2,3 kali. Lalu bersabda. Sesungguhnya seorang mukmin itu meninggalkan dunia menghadapi akhirat ( akan mati) turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari,membawa kafan dari syurga, maka duduk didepanya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datangnya malaikatmaut dan duduk dekat di kepalanya dan memanggil: Wahai roh yang tenang dan baik keluarlah menuju pengampunan Allah dan redhaNya. Nabi s.a.w bersabda: maka keluarlah rohnya men

Harga sebuah Kerajaan

Pada satu hari, Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim Al-Azdi berjalan dari Balkh untuk berangkat ke Mekah. Semasa melalui kota Baghdad, dia dipanggil mengadap Khalifah Harun ar-Rasyid. “Engkaukah Syaqiq yang selalu beruzlah itu?” tanya Harun ar-Rasyid sebaik Shaqiq datang mengadap. “Ya, Akulah Syaqiq, tapi aku bukan seorang yang alim” jawab Shaqiq. “tidak mengapa aku Cuma mahu mendengar nasihatmu” “jika yang demikian, dengarlah betul betul” Syaqiq memulakan nasihatnya. “Allah telah menganugerahkan kepada Tuan dengan sifat kesetiaan yang dimiliki Abu Bakar, kebolehan membezakan yang hak dengan yang batil seperti Umar, mempunyai cahaya kesederhanaan dan kemulian seperti Usman dan kebijaksanaan dan adil yang hanya dipunyai Ali. Ini bermakna Allah menuntut kesetiaan, kebolehan, kesederhanaan, mulia, bijak dan berlaku adil daripada tuan seperti yang diamalkan oleh Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali” “bagus teruskan wahai Syaqiq” Harun bersuara. “Allah punya satu tempat yang digelar neraka dan DIA mengang

Siapakah Musuh Syaitan??

Nabi Muhammad mengingatkan kita, syaitan dan malaikat berbisik kepada hati manusia bersilih ganti bagaikan siang dan malam. Bisikan malaikat membawa kebaikan dan kebenaran tentang janji Allah. Sebaliknya, bisikan syaitan adalah keburukan dan pendustaan kepada janji Allah. “Syaitan itu menjanjikan kefakiran dan memerintahkan manusia melakukan perbuatan yang mungkar.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban). Iblis berikrar berikrar di hadapan Allah, “Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalang manusia daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari hadapan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Engkau tidak mendapati kebanyakan daripada mereka itu bersyukur kepadaMu.” (Surah al-A’raf, ayat 16-17). Bagi melaksanakan sumpahnya itu, iblis membuka strateginya di hadapan Nabi Muhammad dan para sahabat.(rujuk artikel “Dialog Syaitan Dengan Nabi Muhammad” yg akak akan post x lama lg). Iblis juga menjawab pertanyaan Nabi Muhammad tentang musuh yang

AL-BAQARAH AYAT 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Al-Baqarah 120

Salam

Welcome