Harga sebuah Kerajaan

Pada satu hari, Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim Al-Azdi berjalan dari Balkh untuk berangkat ke Mekah. Semasa melalui kota Baghdad, dia dipanggil mengadap Khalifah Harun ar-Rasyid.
“Engkaukah Syaqiq yang selalu beruzlah itu?” tanya Harun ar-Rasyid sebaik Shaqiq datang mengadap.

“Ya, Akulah Syaqiq, tapi aku bukan seorang yang alim” jawab Shaqiq.

“tidak mengapa aku Cuma mahu mendengar nasihatmu”

“jika yang demikian, dengarlah betul betul” Syaqiq memulakan nasihatnya.

“Allah telah menganugerahkan kepada Tuan dengan sifat kesetiaan yang dimiliki Abu Bakar, kebolehan membezakan yang hak dengan yang batil seperti Umar, mempunyai cahaya kesederhanaan dan kemulian seperti Usman dan kebijaksanaan dan adil yang hanya dipunyai Ali.

Ini bermakna Allah menuntut kesetiaan, kebolehan, kesederhanaan, mulia, bijak dan berlaku adil daripada tuan seperti yang diamalkan oleh Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali”

“bagus teruskan wahai Syaqiq” Harun bersuara.

“Allah punya satu tempat yang digelar neraka dan DIA mengangkatmu menjadi penjaga pintunya, untuk tugas itu, Allah membekalkanmu dengan tiga perkara untuk menyelamatkan manusia daripada seksaan api neraka. Pertama kekayaan, pedang dan ketiga kuasa.

Tapi Allah mengingatkan, jangan kedekut menolong orang yang mengharapkan. Jika ada orang yang menentang perintah Allah, perbaikilah mereka dengan kuasa yang DIA berikan dan gunakanlah pedang untuk membalas kekejaman itu secara adil.

Jika tuan tidak melaksanakan perintah Allah itu , pasti tuan akan menjadi pemimpin kepada penghuni neraka “ jelas Syaqiq tegas sambil menyambung.

“ Tuan ibarat sebuah telaga dan orang pimpinan tuan umpama anak-anak sungai, apabila air telaga jernih, pastilah ia tidak akan tercemar oleh kekeruhan anak- anak sungai. Tetapi jika air telaga itu keruh, mana mungkin air dari anak-anak sungai itu jernih!

“emmmmm… teruskan wahai Syaqiq”.. Harun bersuara.

“ Seandainya tuah hampir mati kehausan ditengah padang pasir, tiba-tiba ada seseorang datang menawarkan air, berapa harga yang sanggup tuan bayar? Syaqiq bertanya.

“berapa saja yang dipinta” jawab Harun.

“ sekiranya dia menawarkan harga dengan menyerahkan setengah daripada kerajaanmu? Tanya Syaqiq..

“aku akan terima” pantas Harun menjawab

“akan tetapi jika air yang tuan minum itu tiba-tiba tidak dapat keluar dari tubuh hingga membinasakan, kemudian datang pula seorang yang menawarkan bantuan dengan meminta tuan menyerahkan setengah daripada kerajaan sebagai balasan bagaimana? Syaqiq menyoal lagi.

“aku akan terima tawaran itu” jawab Harun tegas.

“habis itu, buat apalah agaknya untuk tuan bermegah dengan sebuah kerajaan yang harganya sama dengan seteguk ari yang diminum dan kemudian dikeluarkan kembali?”

Harun sungguh terharu, lalu menangis tanpa segan silu, dia melayan tetamunya dengan penuh penghormatan…

********

sering dalam hidup kita, kita berbangga dengan apa yang kita miliki, walaupun zahirnya dibibir kita merendah diri dan menafikan. Tapi perlakuan, dan riak wajah serta bahasa tubuh kita, menjurus agar orang lain memandang tinggi dan menghormati kita. Kita ujub (kagum pada diri sendiri) Dibibir kita tidak meninggi, diwajah kita tidak sombong, tapi dihati kita sering punya lagak, punya bongkak.. walhal apa sahaja milik kita..hanya sementara. Maka yang demikian , marilah kita sentiasa muhasabah diri, agar kita tidak sesekali bersifat sum’ah yakni, sengaja menceritakan kepada orang ramai agar didengar oleh orang lain , berharap orang lain memberikan pujian dan sanjungan yang tinggi dan memandang diri kita sebagai mulia..

Mungkin orang tidak tahu, tapi Allah dengan keagungan sifat Basar dan Alim-Nya, lansung tiada hijab untuk melihat dengan nyata. Bahkan Dia dapat menghidu dari tujuh petala langit akan hanyir dan jijiknya sifat mazmumah yang bersarang didasar hati. Walau sebagai abid yang tekun beribadah siang dan malamnya, namun jika ada sifat-sifat mazmumah yang tumbuh dalam hati akan dapat dikesan oleh Nya.

Ya Allah, jauhkan kami dari bersifat sum’ah.. jauhkan kami dari penyakit mazmumah, yang hanya akan menjatuhkan kami kedalam telaga ghurur…
Ya Allah perbaikilah nawaitu kami atas setiap pekerjaan kami, ikhlaskanlah hati kami atas setiap perbuatan kami.. atas setiap tingkah kami atas setiap perbuatan kami agar kami sentiasa diatas landasanmu..
ameen...

Comments

Popular posts from this blog

AL-BAQARAH AYAT 120