Siapakah Musuh Syaitan??

Nabi Muhammad mengingatkan kita, syaitan dan malaikat berbisik kepada hati manusia bersilih ganti bagaikan siang dan malam. Bisikan malaikat membawa kebaikan dan kebenaran tentang janji Allah. Sebaliknya, bisikan syaitan adalah keburukan dan pendustaan kepada janji Allah. “Syaitan itu menjanjikan kefakiran dan memerintahkan manusia melakukan perbuatan yang mungkar.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban).

Iblis berikrar berikrar di hadapan Allah, “Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalang manusia daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari hadapan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Engkau tidak mendapati kebanyakan daripada mereka itu bersyukur kepadaMu.” (Surah al-A’raf, ayat 16-17).

Bagi melaksanakan sumpahnya itu, iblis membuka strateginya di hadapan Nabi Muhammad dan para sahabat.(rujuk artikel “Dialog Syaitan Dengan Nabi Muhammad” yg akak akan post x lama lg). Iblis juga menjawab pertanyaan Nabi Muhammad tentang musuh yang dibenci syaitan sepertimana yang terkandung dalam petikan dialog antara Nabi dgn Iblis sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal berikut:

Nabi Muhammad bertanya kpd Iblis, “Siapakah orang yang paling engkau benci?”
Iblis Menjawab, “Dirimu, wahai Muhammad”
Nabi Muhammad bertanya lagi, “Lalu siapa lagi?”
Iblis menjawab:
• “Pemuda muslim yg bertakwa dan mcurahkan waktu serta phatiannya hanya kepada Allah.
• Orang alim yg warak iaitu org yg mjaga dirinya drp hal2 yg haram dan hal2 yg syubhat serta sentias sabar.
• Org yg sentiasa mjaga kesuciannya drp 3 jenis kotoran iaitu hadas besar, hadas kecil dan najis dgn bwuduk.
• Org fakir yg sentiasa bersabar iaitu mereka yg tidk mengeluh tentang kefakiran dan penderitaannya kpd org lain slama tiga hari.
• Org kaya yg bsyukur iaitu org yg mengambil kekayaan melalui jalan yg dhalalkan oleh Allah dan mbelanjakan serta mnyalurkannya sesuai dgn ketentuan2 syariat.”

Comments

Popular posts from this blog

Istilah "URBAN" Yang Patut Anda Tahu..

AL-BAQARAH AYAT 120